20190603 - cleanerP8020711

oleh Sivaranjani Manickam

Jaringan Pekerja Kontrak kerajaan (JPKK) menerima banyak aduan daripada ramai pekerja kontrak di premis kerajaan, seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan, terhadap syarikat kontraktor yang tidak mematuhi peruntukan Akta Kerja 1955 dalam kontrak perkhidmatan yang diberikan kepada pekerja.

Menjelang tahun 2020, kebanyakan premis kerajaan, terutamanya kerja kawalan keselamatan di sekolah-sekolah, telah mendapat tender baru dan kontrak perkhidmatan baru. JKPP mendapati banyak kontraktor baru yang melanggar peruntukan yang terkandung dalam Akta Kerja 1955. Antara aduan yang diterima oleh JPKK adalah:

1. Tidak laksanakan Gaji Minimum RM1100 atau RM1200.

2. Penipuan dalam pengiraan bayaran kerja lebih masa (OT).

3. Tiada cuti rehat satu hari dalam seminggu.

4. Pembayaran gaji normal untuk kerja hari rehat dan cuti am.

5. Gaji pekerja dipotong untuk kos uniform.

JPKK menyeru pada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selaku majikan utama dan prinsipal kepada kontraktor-kontraktor ini, mengarahkan kontraktor kerajaan di premis sekolah kerajaan untuk memastikan terma-terma kontrak kerja baru yang ditawarkan kepada pengawal keselamatan di sekolah mematuhi peruntukan yang terkandung dalam Akta Kerja 1955.

Dalam mesyuarat pada 12 Disember 2019 bersama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, yang juga dihadiri oleh wakil Kementerian Sumber Manusia, JPKK telah meminta KPM untuk mengeluarkan arahan kepada kontraktor baru yang mengambilalih tender mulai tahun 2020 supaya memastikan pekerja kontrak dibayar gaji yang betul, terutamanya bayaran OT yang betul. Kontrak kerja mesti dengan jelas menunjukkan bahawa gaji minimum RM1100 atau RM1200 adalah gaji untuk kerja 8 jam sehari sahaja, 48 jam seminggu dan kerja 26 hari dalam satu bulan. Masa bekerja yang selebihnya itu adalah masa OT.

Kerajaan buat masa ini menggunakan sistem kontrak di premis kerajaan, seperti di sekolah, hospital dan jabatan kerajaan yang lain, untuk tempoh masa yang singkat, iaitu tender 2 tahun atau 3 tahun kepada syarikat kontraktor swasta. Kontraktor swasta ini sering didapati mencabuli hak pekerja dan tidak mematahui undang-undang pekerjaan. Pekerja kontrak tidak dibayar mengikut ketetapan gaji minimum, bayaran OT tidak dikira dengan kadar yang betul, tidak diberi satu hari cuti rehat malah adanya pengawal keselamatan yang bekerja 365 hari dalam setahun, tiada cuti sakit, hilang tempoh perkhidmatan apabila bertukar kontrak dan banyak lagi. Kontraktor swasta ini memeras pekerja dan membayar kadar yang kurang daripada sepatutnya, kerana tamakkan keuntungan.

Selama ini, banyak aduan mengenai pencabulan hak kerja oleh kontraktor telahpun difailkan di Jabatan Tenaga Kerja di seluruh Malaysia. Namun, masalah ini berterusan. Majikan sangat berani melanggar Akta Pekerja 1955, terutamanya peruntukan masa kerja dan bayaran kerja lebih masa. Apabila pekerja menyuarakan perkara ini, mereka menjadi sasaran untuk dibuang kerja atau tidak diperbaharui kontrak.

JPKK menegaskan bahawa adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kontraktor di premis kerajaan mematuhi undang-undang. JPKK menggesa Kerajaan untuk mementingkan hak pekerja. KPM harus mengarahkan kontraktor yang dilantiknya untuk mematuhi peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Akta Kerja 1955.

==========

Sivaranjani Manickam ialah Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK).

6 thoughts on “Aduan pekerja yang berlambak terhadap kontraktor yang tidak patuhi Akta Kerja – JPKK gesa tindakan segera kerajaan

  1. Assalamualaikum..saya sbg pekerja pembersihan di Institut Aminuddin Baki (IAB)..saya perlukan keadilan dari pihak majikan yang tak bertanggungjwab dan tak bersikap adil dalam membayar gaji pekerja cleaner..Adilkah bagi saya yang tak dibayar gaji semasa musim PKP bulan 4?saya sebagai cleaner bahagian asrama dimana asrama IAB merupakan pusat kuarentin..cleaner asrama terpaksa hadir untuk bekerja sedangkan cleaner bahagian office tidak perlu hadir tetapi gaji dibayar penuh..Untuk cleaner asrama jika tidak hadir akan dipotong gaji..Jika tidak datang langsung, tidak akan dibayar gaji langsung semasa PKP ini..soalan saya disini adilkah bagi cleaner asrama diperlakukan sebegitu sedangkan cleaner office tak perlu hadir tetapi gaji dibayar penuh??

  2. Assalamualaikum saya seorang pekerja pengawal keselamatan di syarikat KURNIAWAN SEKURITI SERVICE DI IPOH diberhentikan kerja disebabkan saya menanyakan tentang pembayaran gaji yang seringkali sangkut dan lambat adakala dibayar hanya separuh sahaja beransur2 dan kelmarin saya menyuarakan tentang gaji yg lewat dibayar majikan tersebut akibatnya saya telah diberhentikan kerja serta merta tanpa sebab.

  3. Saya perkerja kontrak cleaner di Angkasapuri RADIO TV MALAYSIA. KL Saya nak melapaorkan majikan kontrak tidak ada bagi 1 surat perlantikan kerja. 2 Cuti sakit 14hari sahaja pada semua perkerja yang kerja lebih 5 tahun keatas dan Cuti tahun 8 hari sahaja. Tiada Cuti masuk hospital. . Majikan cleaners tipu majikan RTM di setiap wisma di RTM membuat tuntutan gaji perkerja yang tidak berkerja dan perkerja asing yang sdh balik kampung..Majikan cleaners dan penyelia berpakat dalam penipuan dalam punch kad Membuat over
    claims pada RTM. Saya harap ambil tindakan pada syarikat cleaners di RTM .

    1. Selamat perjuangan saudara John,

      Terima kasih meninggalkan komen ini. Memang tidak sepatutnya berlaku perkara seperti yang saudara gambarkan. Ini adalah hak-hak pekerja yang sepatutnya tidak dipertikaikan,

      Jikalau saudara John boleh menghubungi 0166377901, maka mungkin kami boleh berjumpa secara online atau bersemuka (dengan sesiapa yang turut tidak diberikan hak -hak ini) untuk tindakan lebih lanjut.

      Terima kasih,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *