IMG_20190501_132528_322

Walaupun keadaan politik di negara kita agak suram untuk sepanjang setahun yang lalu, tetapi perjuangan rakyat akar umbi dan gerakan masyarakat masih berterusan di sana sini. Berikut ialah beberapa aksi atau perjuangan masyarakat yang berlangsung pada tahun 2019:

20190409- MJIIT01

Pelajar UTM-MJIIT menang tuntutan

Pelajar-pelajar Fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology – Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MJIIT) yang bergabung dalam MJIIT Voices untuk menyuarakan masalah beban pembayaran yuran pengajian akibat pengenalan yuran khas sejak tahun 2016, telah berjaya mendesak pihak UTM untuk bersetuju memulangkan yuran khas yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar UTM-MJIIT dan meneruskan subsidi kepada pelajar kemasukan sesi 2016/2017 sehingga 2019/2020. UTM-MJIIT Voices telah mengadakan beberapa aksi untuk membawa tuntutan mereka, dan turut mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pendidikan.

20190826 - AATC03

Protes pelajar AATC

Pelajar-pelajar pusat latihan penerbangan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) berprotes dan menduduki bangunan AATC pada 26 Ogos 2019, untuk menyuarakan tuntutan pelajar berkaitan dengan masalah yang wujud di pusat latihan AATC, termasuk hutang pelajar yang timbul kerana tidak mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) seperti yang dijanjikan pada awalnya, dan juga pemangsaan terhadap pemimpin kesatuan pelajar yang cuba membawa tuntutan kepada pihak pengurusan. Walaupun 8 orang pelajar dan aktivis muda ditangkap polis pada hari itu, tetapi isu yang turut mendapat perhatian Kementerian Sumber Manusia ini akhirnya diselesaikan dan pemecatan terhadap 2 orang pemimpin kesatuan pelajar dibatalkan.

Low Wawa - 70477488_10157399663159774_835104292753899520_n

Anak muda desak pengisytiharan Darurat Iklim

Anak muda di Malaysia tidak ketinggalan dalam gelombang kebangkitan sedunia untuk menuntut keadilan iklim. Aksi perarakan #MYClimateRally anjutran Klima Action Malaysia (KAMY) pada 7 Julai 2019 dan aksi protes #MyClimateStrike pada 21 September 2019 serentak dengan Minggu Global untuk Masa Depan, dengan penyertaan ratusan anak muda, menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dalam isu perubahan iklim.

20190711_091506

Nelayan tolak tambak

Nelayan-nelayan di Pulau Pinang dan Perak telah menyuarakan bantahan mereka terhadap projek penambakan laut di Selatan Pulau Pinang yang bakal memusnahkan rezeki mereka. Para nelayan mengadakan protes di Parlimen pada 11 Julai 2019, dan juga beberapa aksi protes di Pulau Pinang termasuk himpunan Hari Solidariti Nelayan pada 4 November 2019.  

20190721 - OA3

Orang Asli Kampung Sungai Papan lawan pembalakan

Masyarakat Orang Asli suku Temiar di Kampung Sungai Papan, Gerik, Perak, mempertahankan kawasan tanah adat mereka daripada pembalakan dengan mendirikan sekatan jalan, namun, menghadapi gangguan yang berterusan daripada pihak berkuasa dan syarikat pembalak.

20190309_110800

Aksi sambutan Hari Wanita 2019 tidak disenangi puak berhaluan kanan

Aksi perarakan Hari Wanita 2019 di Kuala Lumpur dengan tema “Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan”, mengundang reaksi daripada sesetengah ahli politik berhaluan kanan yang secara giat membuat aduan polis, mengeluarkan kenyataan yang berbaur kebencian dan menyeru pada kerajaan untuk mengambil tindakan keras terhadap perarakan Hari Wanita Malaysia.

20191204-JSML78169175_2789138487792461_6022704662040281088_n (2)

Masyarakat ladang tuntut akta perumahan

Masyarakat ladang berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada 4 Disember 2019 untuk menuntut pada Kerajaan Persekutuan supaya menggubal undang-undang yang menjamin hak perumahan masyarakat ladang di seluruh Malaysia.

20191202_112701

Pekerja pembersihan hospital kerajaan terus lawan untuk pertahankan hak kesatuan

Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) yang baru menandatangani perjanjian bersama dengan majikan NS Medik Sdn Bhd setelah rundingan beberapa bulan, dikejutkan dengan tindakan pemangsaan kesatuan apabila syarikat UEMS mengambilalih kontrak pembersihan. Selepas berprotes di Kementerian Kesihatan pada 2 Disember 2019, pekerja pembersihan di hospital kerajaan di negeri Utara Pantai Barat dijanjikan kekal sebagai pekerja lama apabila kontraktor baru mengambilalih.

20190929 - 578b0a2344a8a5971efb7383dcbfbda5

Mogok penghantar makanan Food Panda

Ramai penghantar makanan syarikat penghantaran makanan atas talian Foodpanda yang bekerja di luar Lembah Klang telah mengadakan mogok selama 3 hari dari 30 September hingga 2 Oktober 2019, untuk membantah skim pembayaran baru yang menghapuskan bayaran tetap RM4 sejam kepada mereka. Nasib yang dihadapi oleh penghantar makanan Foodpanda ini merupakan sebahagian daripada masalah lebih besar yang melanda semua golongan pekerja yang sedang mencari rezeki di bawah ekonomi gig.

20190926_111909

Penduduk Ladang Padang Meha dipotong bekalan air dua kali

Penduduk Ladang Padang Meha yang menghadapi masalah pampasan rumah yang belum selesai, telah dipotong bekalan air dua kali oleh Vintage Developers Sdn Bhd (anak syarikat MBF Holdings Bhd), masing-masing pada bulan April dan September 2019. Syarikat MBf Holdings Bhd masih bersikap cuci tangan dalam menyelesaikan masalah yang berlarutan hampir satu suku abad ini. Para penduduk juga meminta campurtangan daripada Menteri Besar Kedah untuk menyelesaikan kemelut mereka.

20191224 - kg segambut permai04

Kampung Segambut Permai lawan pengusiran 

Penduduk Kampung Segambut Permai menghadapi pengusiran paksa daripada pemilik tanah. Walaupun Kementerian Wilayah Persekutuan memberikan akujanji untuk perumahan alternatif, tetapi ia didapati tawaran hanya perumahan sementara, bukannya rumah alternatif tetap.

20190417 - jtk2a

Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar menang tuntutan tunggakan gaji

7 orang pekerja pembersihan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, yang gigih untuk berjuang, termasuk mengadakan protes di hadapan Jabatan Tenaga Kerja Ipoh, akhirnya mendapat keadilan dan berjaya mendesak majikan untuk membayar tunggakan gaji sebanyak RM 11,796.23 kepada mereka. Ini merupakan salah satu contoh pekerja yang menang tuntutan kerana berani untuk berjuang.

20190501_103035 - Copy

Aksi sambutan Hari Pekerja 2019

Lebih kurang 500 orang menyertasi aksi sambutan Hari Pekerja 2019 di Kuala Lumpur dengan mengetengahkan tuntutan “Tinggikan Gaji, Hentikan Diskriminasi”.

One thought on “Imbas kembali tahun 2019 – Perjuangan rakyat di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *