Gaji minimum akan diselaraskan dengan kadar yang sama untuk seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019 dengan RM 1,050. Namun, kadar yang terbaru ini amat rendah dan merupakan satu penghinaan kepada pekerja Malaysia yang telah menyumbangkan titik peluh mereka yang begitu banyak kepada pembangunan ekonomi negara.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut pada kerajaan supaya melaksanakan gaji minimum RM 1,500 sekarang juga. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pula menuntut kadar gaji minimum yang lebih tinggi, iaitu RM 1,800. Ada orang mengatakan bahawa kadar gaji minimum yang dituntut oleh PSM dan organisasi pekerja itu terlalu tinggi? Adakah kadar gaji minimum RM 1,500 terlalu tinggi untuk Malaysia?

Pakatan Harapan yang memerintah negara kita pada masa kini dalam manifesto pilihanrayanya menjanjikan bahawa akan “menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum” (dalam “Sepuluh Janji Seratus Hari”), dan ”kadar gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,500 sebulan di seluruh negara dalam penggal pertamapentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan” (Janji 34 Buku Harapan, “Meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak”).

Dalam satu mesyuarat yang diadakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara pada 17 Julai 2018, Majlis Perundingan Gaji Negara mencadangkan gaji minimum RM 1,250 sebulan untuk Semenanjung Malaysia, dan jika gaji perlu diseragamkan untuk seluruh negara, maka gaji minimum ditetapkan pada kadar RM 1,170 sebulan. Golongan yang diwakili oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang sentiasa menentang kenaikan gaji minimum pula mencadangkan kenaikan RM 50, iaitu menjadikan RM 1,050 sebulan. Akhirnya, Kerajaan Persekutuan tunduk sepenuhnya kepada kehendak golongan majikan, dengan menyelaraskan gaji minimum pada kadar RM 1,050 sahaja.

Sebenarnya, Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji yang ditubuhkan di bawah Majlis Perundingan Gaji Negara, menggunakan formula berikut untuk pengiraan gaji minimum:

18119214_1026996920792898_1893761664657623663_n.jpg

Dalam formula ini, pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang digunakan oleh Kerajaan adalah sangat rendah dan tidak menggambarkan kemiskinan sebenar dalam masyarakat pada masa kini.

Dengan menggunakan PGK sedemikian yang ditetapkan oleh kerajaan, pelarasan gaji minimum akan menggunakan pengiraan seperti Jadual 1:

z-minimumwage01a.jpg

Kadar gaji minimum RM 1,368 untuk Semenanjung Malaysia, RM 1,175 untuk Sabah dan RM 1,185 , walaupun masih rendah, tetapi masih lebih tinggi daripada RM 1,050 sebulan yang hanya akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019, malah juga lebih tinggi daripada cadangan RM 1,170 sebulan daripada Majlis Perundingan Gaji Negara. Jangan lupa, pengiraan ini adalah untuk gaji minimum yang sepatutnya pada tahun 2017, tetapi kadar baru yang masih jauh lebih rendah daripada sepatutnya hanya mula dikuatkuasakan pada tahun 2019.

PSM tidak bersetuju dengan cara pengiraan menggunakan PGK mutlak yang digunaakan oleh Kerajaan Persekutuan pada masa kini. Cara pengiraan yang dicadangkan oleh PSM untuk menetukan gaji minimum adalah dengan menggunakan kadar kemiskinan relatig, iaitu 60% daripada pendapatan median isi rumah bulanan.

Lihat gambarajah 1 untuk pendapatan median isi rumah bagi sebulan.

z-minimumwage04.jpg

Berdasarkan maklumat ini, pendapatan median isi rumah bagi sebulan di Semenanjung Malaysia adalah RM 5,228 dan 60% daripadanya adalah RM 3,136.

Pengiraan gaji minimum mengikut pendapatan median isi rumah bulanan sebagai kadar kemiskinan adalah seperti jadual 2:

z-minimumwage02a.jpg

Pengiraan gaji minimum mengikut PGK relatif ini memberi gambaran yang sebenar dan gaji minimum baru harus ditetapkan pada kadar RM 2,071 di Semenanjung, RM 1,720 di Sabah dan RM 1,767 di Sarawak. Ini adalah kadar yang dikira menggunakan data pada tahun 2017. 

RM 1,050 berbanding RM 2,071, pekerja yang menerima gaji minimum akan dibayar gaji yang kurang sebanyak RM 1,021! 

Walau bagaimanapun, kadar gaji minimum yang dituntut oleh PSM sekarang ini hanyalah RM 1,500 sebulan, dengan mengambilkira dilema Kerajaan bahawa tidak boleh membuat satu lonjatan yang tinggi daripada RM 1,000 yang ditetapkan sekarang.

Tuntutan gaji minimum RM 1,500 bukannya sesuatu yang berketerlaluan, malah RM 1,500 sebulan memang masih tidak mencukupi sebagai pendapatan asas untuk menyara hidup. Tuntutan RM 1,800 sebulan daripada MTUC pun tidak keterlaluan, kerana jumlah ini masih rendah berbanding pengiraan gaji minimum dengan menggunakan pendapatan garis kemiskinan relatif.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *