Sejak penubuhan pada tahun 1998, Parti Sosialis Malaysia (PSM) terlibat dalam pelbagai perjuangan di peringkat kawasan tempatan dan juga nasional, termasuk melawan pengusiran paksa, memperjuangkan hak perumahan, menuntut pelaksanaan akta gaji minimum, membantah cukai GST, menentang penswastaan hospital, menuntut penubuhan tabung pemberhentian kerja, menuntut pemulihan pilihanraya tempatan, menegakkan hak asasi rakyat dan sebagainya.

Penglibatan PSM dalam memperjuangkan isu-isu rakyat ini, bertujuan bukan sahaja mempertahankan hak dan kesejahteraan rakyat daripada ancaman kerakusan golongan atasan, tetapi juga untuk memperkasakan rakyat bawahan supaya rakyat itu sendiri dapat memperjuangkan kepentingan bersama masyarakat dan membawa perubahan yang sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *