Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditubuhkan pada tahun 1998, oleh aktivis-aktivis yang bergiat dalam gerakan perjuangan rakyat marhaen. Aktivis-aktivis daripada kumpulan masyarakat seperti Suara Warga Pertiwi (SWP), Alaigal dan Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC), yang telah terlibat dalam perjuangan masyarakat ladang dan peneroka bandar bertahun-tahun lamanya, telah membentuk satu jaringan dan menganjurkan aksi Hari Pekerja 1994, satu aksi jalanan sambutan hari bersejarah bagi golongan pekerja yang berlangsung untuk pertama kalinya selepas dua dekad pada masa itu. Jaringan gerakan rakyat tersebut kemudiannya berkembang dan akhirnya berputus untuk menubuhkan PSM, sebuah parti politik yang memperjuangkan  kepentingan kelas pekerja dan rakyat marhaen.

PSM bertekad untuk memperjuangkan keadilan sosial dan demokrasi sejati, demi membebaskan rakyat daripada segala bentuk penindasan dan membina sebuah masyarakat yang benar-benar sejahtera untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *