20191210 - 79477096_2897501003607088_6626664560931635200_n (2)

KUALA LUMPUR: Setelah menghadapi dua kali tindakan perobohan rumah pada bulan Disember 2019, penduduk-penduduk Kampung Segambut Permai dapat berasa lega sedikit menjelang Tahun Baru 2020 apabila mereka diberikan tawaran baru untuk unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan berdekatan seperti yang diminta oleh mereka sebelum ini.

Berikutan aksi protes di Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 27 Disember 2019, penduduk-penduduk Kampung Segambut Permai telah mengadakan satu perjumpaan bersama dengan Bahagian Pengurusan Perumahan DBKL pada 31 Disember 2019. Dalam pertemuan tersebut, para penduduk yang diusir telah ditawarkan unit rumah PPR tiga-bilik di kawasan yang berdekatan dengan kampung asal mereka. Sebelum ini, adanya penduduk Kampung Segambut Permai ditawarkan unit PPR di kawasan yang berjauhan, dan saiz unit yang lebih kecil dengan satu atau dua bilik. Selain itu, pihak DBKL juga memberi tawaran baru kepada 6 buah keluarga yang ditolak sebelum ini.

Para penduduk Kampung Segambut Permai yang ditawarkan rumah PPR sewa ini boleh membuat permohonan secara berkelompok untuk mendapatkan rumah sewa beli selepas berpindah ke unit PPR yang ditawarkan.

31 keluarga yang terjejas oleh pengusiran akhirnya mendapat rumah alternatif. Namun, terdapat dua orang pemohon ditolak kerana berpasangan warga asing. Menurut pihak DBKL, ini merupakan dasarnya. Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mempertikaikan dasar yang bermasalah ini kerana semua pemohon rumah sosial yang merupakan warganegara patut dilayan secara samarata tanpa mengira berpasangan orang tempatan atau warga asing. PSM menggesa pihak DBKL untuk mengkaji semula dasar ini.

Soh Sook Hwa, aktivis PSM Cawangan KL/PJ yang membantu dalam perjuangan peneroka Kampung Segambut Permai ini, berkata, “Kami berterima kasih kepada semua pihak yang turun bersolidariti dan menghulurkan bantuan kepada Kampung Segambut Permai sepanjang perjuangan kami. Persaudaraan ini yang telah memastikan keadilan dapat ditegakkan.”

“Jasa peneroka Kampung Segambut Permai tetap dikenangi. Pembangunan Kuala Lumpur bertapak di atas titisan peluh anda semua dan peneroka-penoroka bandar lain yang bersama membawa kekayaan dan kemakmuran kepada kota ini,”begitu katanya Soh Sook Hwa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *