20191227 - segambut02 (2)

oleh Biro Perumahan dan Peneroka PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kementerian Wilayah Persekutuan supaya memenuhi tuntutan 30 buah keluarga Kampung Segambut Permai untuk memberikan tawaran rumah sewa beli sepertimana yang dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan pada hari Jumaat lalu (27 Disember 2019).

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan wakil Kementerian Wilayah Persekutan pada hari Jumaat lalu adalah:

1. Tawaran rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan berdekatan. Dalam perjumpaan itu, En. Azam daripada Bahagian Pengurusan Perumahan bersetuju untuk menyemak kekosongan di PPR Batu, PPR Beringin dan Desa Rejang. Beliau juga dimaklumkan bahawa terdapatnya keluarga yang mempunyai warga emas dan OKU supaya mereka ditawarkan di PPR tingkat rendah. Namun, keputusan adalah dalam tangan Menteri.

2. Penambahan 8 unit PPR. 11 keluarga tercicir daripada pemberian tawaran sebelum ini, tetapi ada yang rela dikecualikan dan hanya lapan lagi diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

3. Tarik balik surat Akujanji yang mengenakan para penduduk untuk menyerah balik PPR selepas 6 bulan. Pemohon boleh memohon penyewaan tetap dan berpeluang mendapatkan rumah sewa beli pada masa depan jika layak.

Rumah penduduk Kampung Segambut Perai akan dirobohkan pada 6 Januari 2020, hari Isnin depan. Kerajaan perlu bertindak untuk menawarkan rumah alternatif sebelum rumah dirobohkan. Mereka ialah peneroka bandar dan hak perumahan mereka harus dijamin oleh kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *