20191104_111413

Nelayan-nelayan di Pulau Pinang telah mengadakan satu aksi protes dan penyerahan memorandum kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 4 November 2019.

Berikut ialah isi kandungan memorandum yang diserahkan oleh Nazri Bin Ahmad, selaku Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara), kepada wakil Ketua Menteri Pulau Pinang:

1. Kami, para pemimpin yang mewakili nelayan pantai, nelayan laut dalam, penternak ikan, peniaga ikan dan pengusaha industri perikanan di Pulau Pinang dan Perak,ingin meminta YAB Tuan Chow Kon Yeow, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya membatalkan Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) kerana ia akan akan merosakkan ekosistem marin dari Yan, Kedah, hingga ke Pangkor, Perak, dan seterusnya menjejaskan kehidupan nelayan pantai, perikanan bot laut dalam dan juga industri ternakan ikan, iaitu hampir keseluruhan industri perikanan di pantai barat negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Perkara ini secara tidak langsung akan mengancam jaminan keselamatan makan negara.

2. Kami membantah sekeras-kerasnya projek PSR yang akan mewujudkan 3 pulau buatan seluas 4,500 ekar (lebih besar daripada Forest City) yang diajukan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga syarikat SRS Konsortium. Projek ini sebenarnya diajukan oleh pemaju swasta yang dilantik sebagai Project Delivery Partner (PDP). Cadangan projek ini tidak telus dan tidak memanfaatkan rakyat tempatan kecuali pihak-pihak yang tertentu.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepatutnya mengambil pendekatan konservasi mampan dan bukan pendekatan eksploitasi yang tidak mampan  

3. Kerajaan sepatutnya menjaga industri perikanan supaya ia mampan dan terus Projek penambakan akan menjejaskan industri perikanan yang sedia ada dan mungkin akan menambahkan bilangan golongan miskin. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, kerajaan harus mempelbagaikan jenis pekerjaan. Industri perikanan adalah satu “kerja alternatif” ataupun “safety net” untuk penduduk tempatan, dan jauh lebih mampan berbanding dengan industri pembinaan yang banyak menggunakan pekerja asing.

4.Alternatif akuakultur baru yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri akan memusnahkan kawasan paya bakau dan ekonomi tempatan. Untuk menggantikan pembekalan ikan daripadahasil tangkapan, Kerajaan Negeri mahu membuka kawasan Zon Industri Akuakultur sebanyak 491 ekar di tempat paya bakau di utara Seberang Perai. Ini adalah kawasan paya bakau yang sepatutnya dijadikan kawasan konservasi bersasaskan nilai-nilainya yang unggul yang telah disahkan dalam kajian-kajian USM. Kawasan paya bakau berfungsi sebagai “carbon sink” yang mempunyai nilai ekologi antarabangsa dalam menghadapi perubahan iklim, tempat tumbuhnya bakau api-api yang jarang ditemui di Malaysia, melindungi Seberang Perai daripada tsunami dan banjir, menyediakan kawasan tempat pembiakan ikan dan haiwan laut, kawasan burung hijrah (International Bird & Biodiversity Area), dan juga eko-pelancongan yang membawa pendapatan kepada penduduk tempatan. Pembukaan Zon Industri Akuakultur bukan sahaja memusnahkan kawasan bakau, tetapi akan menambahkan lagi pencemaran air kawasan bakau dan air laut tempat nelayan menangkap ikan.

Rakyat B40 yang akan terjejas oleh penambakan laut dan perlombongan pasir: 14,000 orang nelayan dan ahli keluarga mereka seramai 80,000 orang juga terlibat 

5. Kami percaya bahawa Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN)tidak diberi gambaran sebenarnya tentang impak projek ini. Misalnya, antara 18 nasihat yang diberi oleh MPFN adalahseperti “mengambil kira impak tambakan Laut ini kepada komuniti setempat yang mungkin terkesan daripada cadangan pembangunan ini, termasuk 805 keluarga nelayan yang berjumlah 3,140 orang dalam konteks penyediaan peluang pekerjaan baru, penempatan semula dan peluang ekonomi baharu.” Angka ini seperti terangkum dalam Laporan Penilaian lmpak Alam Sekitar (EIA) merupakan bilangan nelayan dalam ruang lingkungan kawasan kajian, dan bukan jumlah SEMUA nelayan yang akan terjejas oleh projek penambakan.

6. Sepertimana yang disebut oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri dalam Parliamen pada 16 Julai 2019, projek penambakan ini akan menjejaskan kehidupan 5,000 orang nelayan pantai yang BERHAK mencari rezeki di kawasan perairan Pulau Pinang, termasuk di kawasan Selatan Pulau Pinang. Jumlah sebenar para nelayan dengan ahli keluarga mereka yang akan terjejas adalah lebih kurang 30,000 orang.

7. Tambahan lagi, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan di dalam Parlimen bahawa perlombongan pasir di Perak akan menjejaskan kehidupan 2,300 orang nelayan di UtaraPerak,tetapi jangkaan yang lebih tinggi mungkin sehingga 6,000 ke 9,000 orang nelayan (termasuk dengan ahli keluarga mereka berjumlah lebih kurang 50,000 orang) jikalau dikira kesan perlombongan pasir akan sampai ke Pulau Pangkor. Sebanyak 189.1 juta meter padu pasir akan dilombong dari dasar laut seluas 819.7 km persegi. Perlombongan pasir akan menyebabkan penghakisan pantai, kematian paya bakau, dan penurunan sumber laut. Pemusnahan ini akan merebak ke kawasan yang lebih besar lagi akibat air pasang surut dan arus laut.

8. Sekiranya pasir dilombong di perairan negeri lain seperti Perlis, Kedah ataupun Selangor, ia tetap akan menjejaskan alam sekitar dan nelayan di negeri-negeri tersebut. Misalnya, kejadian hakisan pantai di Pulau Telor, Yan, Kedah, dikatakan oleh nelayan bahawa iadisebabkan oleh aktiviti pengorekan pasir.

Nelayan menderita akibat projek penambakan yang mencemar air laut

9. Akibat penambakan untuk Butterworth Outer Ring Road(BORR) dan Seri Tanjung Pinang 2 (STP2) di Tanjong Tokong, laut di bahagian utara Pulau Pinang sudah tercemardan menyebabkan hasil tangkapan ikan menurun. Nelayan-nelayan pantai timur laut Pulau Pinang dan pantai barat Seberang Perai sekarang merana kerana hasil tangkapan mereka telah merosot sebanyak 70%. Sesetengah nelayan terpaksa membuat kerja sambilan. Ada nelayan yang mengalami tekanan persaan kerana tidak lagi mampu menyara keluarga. Sudah terbukti, projek penambakan menguntungkan pemaju tetapi merugikan nelayan.

10. Kebanyakan nelayan dari pengkalan-pengkalan di luar kawasan selatan Pulau Pinang, termasuk nelayan di Seberang Perai, dan malah dari negeri-negeri Kedah dan Perak, sering menangkap ikan di kawasan Selatan Pulau Pinang, terutamanya pada musim-musim tertentu. Ini adalah kerana kawasan ini adalah satu-satunya kawasan laut di perairan Pulau Pinang yang belum tercemardengan teruknya.

PSR akan menyebabkan kehilangan kawasan sumber laut yang paling penting di perairan Pulau Pinang dan Utara Perak  

11. Pulau Kendi dan Pulau Rimau yang terletak berdekatandengan kawasan pesisir Selatan Pulau Pinang kaya dengan terumbu karang. Pulau Kendi merupakan kawasan pembiakan ikan yang mashyur dan yang menghasilkan sumber laut untuk nelayan pantai dan juga nelayan bot dalam. Jabatan Perikanan telah membelanja jutaan ringgit untuk meningkatkan kawasan pembiakan ini dengan tukun tiruan. Sumber laut berhijrah ke kawasan perairan Tanjung Piandang dan Kuala Kurau, di Utara Perak, yang merupakan satu lagi kawasan perikanan yang penting di negeri Perak untuk nelayan pantai, nelayan laut dalam dan industri ternakan ikan.

12. Menurut Laporan EIA, Tempat Pelupusan Sisa Pengerukan yang ditetapkan untuk kerja penambakan terletak dibarat Pulau Kendi. Berdasarkan pengalaman nelayan seperti yangpernah terjadi semasa pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, angin Monsun Barat Daya akan membawa sisa pengerukan balik dan memusnahkan ekosistem perairan Kawasan Selatan dan paya bakau di bahagian barat Pulau Pinang berdekatan dengan Pulau Betong.

13. Mengikut Laporan EIA, kawasan pesisir pantai yang subur dengan selut (mudflats) dengan plankton akan dikorek dan dibuang dalam tahun yang pertama pelaksanaan projek PSR. Ini sudah tentu akan mengakibatkan kemusnahan ekosistem yang tidak dapat dipulihkan (irreversible damage) kepada perairan kawasan Selatan. Impaknya akan sampai ke perairan Pulau Kendi. Apabila kawasan perairan Pulau Kendi dimusnahkan, sumber laut akan menurun – ini bukan sahaja akan menjejaskan nelayan pantai tetapi akan juga menimbulkan persaingan yang lebih sengit antara bot-bot laut dalam.

Industri penternakan ikan bernilai ribuan juta ringgit akan terjejas

14. Industri penternakan ikan di Sungai Udang yang kini bernilai RM1 billion, akan terancam. Kawasan penternakan ikan yang terbesar di Pulau Pinang ini menampung 200 penternak ikan yang mengendali hampir 20,000 sangkar ikan dan lebih daripada 400 kolam siakap dengan hasil hampir 20,000 tan setiap tahun dan jumlah anggaran pendapatan RM1 billionmiaitu 60% ikan ternakan untuk keperluan negara dan 40% dieksport, termasuk ikan kerapu hidup yang dieksport ke Hong Kong. Kawasan penternakan ikan Sungai Udang terletak tidak jauh dengan kawasan penambakan dan berdekatan dengan laluan bot-bot pengangkutan bahan penambakan. Jika “fish kill” kerap berlaku, semua pengusaha akan mengalami kerugian dan akan menutup perniagaan mereka ataupun berpindah ke negeri lain.

15. Sebenarnya, kawasan-kawasan perairan Selatan Pulau Pinang dan Utara Perak tidak terpisah dalam satu eskosistem dan di sinilah terletaknya Akuakultur Air Payau yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Kerosakan ekosistem di kawasan ini akan memusnahkan separuh pengeluaran ikan ternakanair payau di Semenanjung Malaysia. Impak ini tidak dicerminkan dalam Laporan EIA kerana skop laporan itu hanya terhad kepada kawasan impak yang ditakrif sebagai 5 km dari tapak penambakan,walhal pencemaran laut dilihat dari kacamata ekosistem tidak terbatas kepada sempadan negeri.

Sekuriti makanan nasional juga terjejas  

16. Sumber perikanan terlalu mustahak untuk sekuriti makanan bagi rakyat, terutamanya bagi golongan B40 tempatan. lkan kembung dinamakan “ikan rakyat” olehLembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Oleh kerana penambakan laut di tempat yang kaya dengan ikan kembung, iaitu di Utara Pulau Pinang, hargaikan kembung sudah mencecah RM20 sekilo (bergantung pada musim).

17. Kenaikan harga ikan dan udang tentunya akan menyumbang kepada peningkatan kos kehidupan terutamanya bagi golongan B40. Ramai nelayan adalah daripada golongan B40 dan mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat B40 yang juga menjadi pelanggan mereka, misalnya peniaga kecil-kecilan seperti penjual nasi lemak ataupun nasi ekonomi. Pendek kata, bukan saja projek PSR akan menjejaskan“rantai makanan”(food chain), malah turut menjejaskan kesejahteraan masyarakat Negeri Pulau Pinang keseluruhannya.

lndustri makanan dan industri pelancongan sama terjejas 

18. Makanan laut segar yang dibekalkan oleh nelayan amat menyelerakan rasanya dan kepelbagaian makanan di Pulau Pinang bukan sahaja untuk penggunaisi rumah, tetapi juga dijadikan sajian penjaja makanan dan restoran tempatan. Kalau bekalan tangkapan udang, ketam dan ikan semakin kurang, maka reputasi industri makanan Pulau Pinang akan turut merudum dan ini akan menjejaskan daya tarikan pelancongan negeri.

19. Kualiti air laut yang tercemar sudah lama menjejaskan reputasi Batu Feringghi sebagai pusat perlancongan dan kawasan peranginan. Kualiti air laut sangat mengecewakan pelancong dan pencemaran yang teruk telah merebak ke Telok Bahang sehingga ke Taman Negara Pantai Acheh.

Pencemaran Laut tidak dirawat  

20. Sebenarnya pencemaran laut di perairan Pulau Pinang sudahpun mencapai tahap yang sangat serius,sepertimana yang dapat dilihat dalam kejadian “fish killdi Teluk Bahang, iaitu kematian ikan liar serta ikan ternakan ataupun ikan sangkar. Secara tidak langsung, nelayan di Utara Pulau Pinang berhampiran Bagan Ajam dan pantai Butterworth sering memukat obor-obor, landak laut bersama sampah-sarap dan serpihan bahan-bahan pembinaan. Hidupan seperti paya bakau juga hampir mati di kawasan perairan dekat Sungai Udang, dan disyaki disebabkan oleh pelepasan sisa kumbahan dari tempat pelupusan sampah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Pulau Burung.

21. Namun begitu,pihak-pihak tertentu masih tetap menafikan isu pencemaran dan impak-impak negatif akibat projek penambakan dan pembuangan sisa secara haram. Sebaliknya, mereka sibuk dengan usaha “greenwash“. Pihak-pihak berkuasa nampaknya kurang berminat menghentikan pencemaran pada puncanya dan menjalankan tanggungjawab mereka untuk memulihkan air laut. Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih sibuk dengan rancangan tambak-menambak. Oleh kerana itu, janji-janji projek PSR untuk memulihkan laut selepas penambakan tidak menyakinkan sama sekali.

Nelayan akan hilang pekerjaan dan ketegangan sosial mungkin timbul  

22. Projek PSR akan menyebabkan ramai nelayan menganggur, bermula dengan nelayan di kawasan impak. Laporan EIA mencadangkan pekerjaan alternatif yang tidak masuk akal, seperti Pengawal Kesetamatan ataupun Pemandu Grab. Kerja seperti pemandu bot teksi mungkin tidak akan berjaya kerana kos yang tinggi dan permintaan yang rendah. Walaupun tumpuan diberi kepada industri ikan ternakan sangkar dan perikanan bot laut dalam, nelayan-nelayan yang kekurangan modal atau set kemahiran tidak akan berkecimpung dalam sektor-sektor itu kecuali sebagai tenaga buruh.

23. Projek PSR akan menimbulkan ketegangan antara komuniti nelayan dan pekerja projek yang kebanyakannya akan terdiri daripada pekerja asing. PSR akan memakanmasa selama 15 tahun untuk penambakan dan 30 tahun ataupun 50 tahun untuk kerja pembinaan. Dalam jangka waktu itu, kerja-kerja penambakan akan menghapuskan sumber l Ramai nelayan akan menganggur dan ini akan menyebabkan tekanan kepada kehidupan mereka. Kami juga bimbang keadaan ini akan mencetuskan selisih faham, pergaduhan dan rusuhan.

Aktiviti haram dan penguatkuasaan yang lemah di laut

24. Beribu-ribu bot mengangkut pasir dan bahan-bahan binaan akan lalu-lalang di kawasan laut tersebut, yang biasanya dipandu oleh pekerja asing. Besar kemungkinannya akan terjadi konflik di antara nelayan tempatan dan pekerja asing. Kami khuatir kawalan penguatkuasaan di laut yang tidak memuaskan, tidak mencukupi dan kurang men Selain itu, sesetengah pihak kontraktor akan mengambil kesempatan untuk menjalankan aktiviti tertentu seperti:

i) perlombongan pasir haram (pencurian pasir) oleh “dredger yang cuba mengurangkan tempoh perjalanan.

ii) pembuangan selut tercemar yang tidak mengikut kepada spesifikasi yang ditetapkan, yang akan meruncingkan lagi masatah pencemaran, seperti yang dilaporkan di laut kawasan Utara Putau Pinang.

25. Dalam tempoh penambakan selama 15 tahun, kawasan perairan di Pulau Pinang dan Perak akan terjejas oleh penambakan, perlombongan pasir, pengangkutan pasir, kecurian pasir dan pembuangan selut. Seperti yang terbukti daripada pengalaman, pelanggaran syarat-syarat sering berlaku dan pemantauan aktiviti di laut tidak memuaskan sama sekali. Walaupun kes pelanggaran telah berkali-kali dilaporkan, tindakan sewajarnya jarang diambil.

Proiek yang tidak memanfaatkan rakyat tempatan, sebaliknya menggalakkan penempatan dan pekerjaan bagi warga asing

26. Penambakan laut dibuat demi mewujudkan hartanah berbentuk “resort”tidak akan memanfaatkan rakyat. Alasan yang diberi untuk reka bentuk penambakan tiga pulau dan bukannya penambakan tepi pantai (foreshore reclamation) adalah supaya nelayan masih dapat turun ke laut. Akan tetapi, rekabentuk PSR tidak mengambil kira monsun barat daya yang akan membawa pemendapan selut dan keladak yang akan memasuki selat-selat kecil (channel) antara pulau-pulau buatan. Akibatnya, selat-selat itu mungkin tidak diselenggarakan dengan sempurna walaupun berjuta-juta ringgit wang pembayar cukai dibelanjakan setiap tahun.

27. Pembangunan PSR bukanlah untuk para nelayan atau rakyat Malaysia, tetapi untuk pihak-pihak tertentu sahaja yang mahu mengaut keuntungandengan merampas kawasan laut di mana nelayan mencari rezeki. Para nelayan dan penduduk setempat tidak akan mampu membeli atau tinggal di dalam perumahan yang dibina di atas tapak PSR. Kondominium mewah akan dijual kepada pembeli asing. Projek ini sama saja dengan Forest City yang boleh dikatakan satu projek yang menyebabkan negara Malaysia hilang kedaulatan ke atas sebahagian tanah air sendiri.

28. Projek PSR akan mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan untuk warga asing. Kemungkinan besar, kebanyakan pekerjaan dalam sektor pembinaan, penambakan laut, perlombongan pasir, pengangkutan pasir dan sebagainya. Rata-rata akan diambil oleh warga asing. Projek PSR bukan sahaja akan mengundang kemusnahan ekosistem, ia juga akan memungkinkan kehadiran beribu-ribu warga asing di kawasan Selatan Pulau Pinang dan ini akan membawa kepada penghapusan kampung-kampung tradisional, di samping menimbulkan ketegangan sosial antara pendatang dan penduduk tempatan.

29. Pelaksanaan projek PSR akan mengenakan tekanan pembangunan atas penempatan yang sediaada di kawasan SelatanPulau Pinang. Pembangunan baru yang pesat dan berkepadatan tinggi akan mengubah identiti kawasan ini, terutamanya kerana tidak adanya Pelan Tempatan. Harga hartanah akan melambung tinggi, disusuli oleh peningkatan kos sara hidup. Memandangkan kebanyakan tanah kampung tidak dimiliki oleh penduduk kampung, keadaan ini mungkin akan menyebabkan sesetengah penduduk tempatan terpinggir, terpaksa berpindah-randah atau terusir dari kampung masing-masing.

Pendekatan keraiaan negeri yang tidak berprinsip dan tidak menghormati nelayan

30. Kami mahu mengadu kepada YAB Tuan Chow bahawa kaum nelayan dipandang remeh oleh Kerajaan Negeri, terutamanya EXCO Pertanian yang sepatutnya membela hak nelayan. Kami merasakan bahawa pihak Kerajaan Negeri cuba menggambarkan Persatuan Nelayan sebagai pihak yang mahukan pampasan. Walhal, Persatuan Nelayan telah berkali-kali menyuarakan bantahan kami sejak tahun 2015, antaranya satu perhimpunan seramai 1,500 orang nelayan, dan satu lagi perhimpunan di laut pada tahun 2017 dengan penyertaan 450 bot. Dalam pada itu, boleh dikatakan Kerajaan Negeri terus menafikan hak-hak kehidupan nelayan kerana mengutamakan projek ini.

31. Dalam projek penambakan STP2, pemaju telah mengetepikan Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang dan memberi “saguhati” terus kepada nelayan bagi melenturkan bantahan. Penyogokan tanpa rundingan kolektif boleh dikira sebagai tindakan yang tidak mengikut prinsip atau etika dan mempunyai niat rasuah. Dalam projek PSR, konsortium pemaju telah cuba melemahkan bantahan dengan memberi sogokan kepada sesetengah orang yang terdaftar sebagai nelayan tetapi tidak bekerja sebagai nelayan sepenuh masa.

32. Setakat ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengadakan perbincangan yang ikhlas dengan nelayan. Sebaliknya, Kerajaan Negeri kononnya berpakat dengan pemaju untuk dapatkan kelulusan projek dengan apa juacaraseperti dilihat daripada maklumat yang diberi oleh Penang Forum.

33. Sungguh menghairankan bagaimana Laporan Penilaian lmpak Sosial (SIA) untuk PSR yang dibuat di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa (TCPA) boleh diluluskan pada 17 Mei 2019, sedangkan ketua-ketua nelayan di kawasan selatan tidak pernah dimaklumkan atau mengetahui tentang tinjauanSIA ini.

34. Pihak kami juga hairan bagaimana Laporan Kajian lmpak Alam Sekitar (EIA) telah diluluskan pada 25 Jun 2019, iaitu genap 2 minggu selepas tarikh tutup penyerahan maklumbalas awam, dan dua hari sesudah Laporan Kajian lmpak Alam Sekitar (yang dikemaskini dengan mengambilkira maklumbalas awam dan Jawatankuasa Ulasan Teknikal EIA) diterima oleh pihak Jabatan Alam Sekitar.

35. Pihak kami juga berasa terkilan apabila mendapat tahu bahawa Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar sendiri telah menandatangani kelulusan EIA pada hari terakhir kerjanya, sebelum beliau bersara. Tarikh surat rasmi bagi kelulusan EIA itu ditulis dengan tangan berertinya tarikhnya mungkin dicatat pada hari EIA itu diluluskan. Jadi, pihak kami meragui akan ketelusan Jabatan Alam Sekitar dalam meluluskan Laporan EIA tersebut. Adakah maklumbalas awam dibahaskan? Jika tidak, mengapa?

36. Pihak nelayan Pulau Pinang juga tidak berpuasa hati dengan kelulusan Laporan EIA kerana walaupun pihak kami telah menghantar memorandam bantahan kepada Jabatan Alam Sekitar dan juga Kerajaan Negeri, tetapi kami tidak diberi peluang untuk mengemukakan pandangan kami terhadap perkara yang dibangkitkan.

Bantahan nelayan terhadap kezaliman akan diteruskan

37. Sekiranya projek PSR tetap dijalankan, kami akan terus membantah dengan sekeras-kerasnya, dengan suara yang lebih lantang lagi. Kami berazam untuk mengadu nasib kami kepada masyarakat Pulau Pinang, dan membawa aduan kami ke peringkat pusat dan juga peringkat antarabangsa. Kami akan pastikan bahawa setiap salah laku yang berkaitan dengan projek PSR akan didedahkan dan dihebahkan melalui media lokal dan global.

38. Kedua-dua petisyen yang berkait dengan bantahan kami telah ditandatangani oleh 240,000 penyokong, dan media sering diberi kemaskinitentang projek PSR, nasib nelayan dan juga keadaan alam sekitar dan haiwan marin yang terancam. Berikut adalah pautan URL petisyen-petisyen tersebut:

https: //change.org/p/prime-minister-of-malaysia-save-penang-reject-the-3-islandsreclamation

https: //www.rainforest-rescue.org/petitions/1180/save-malaysias-sea-turtles

Nelayan memainkan peranan penting dalam Pembangunan yang Mampan dan lnklusif

39. Untuk makluman YAB Tuan, bukanlah niat atau tujuan kami untuk bercanggah dengan arus pembangunan jikalau pembangunan itu memanfaatkan rakyat.Kami tidak mahu membuang masadengan bantahan terhadap projek pembangunan, tetapi perlu berbuat demikian juga disebabkan oleh projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak mempunyai visi pembangunan yang mampan dan inklusif.

40. Sebenarnya, kami lebih suka berusaha memajukan Persatuan Nelayan dengan meningkatkan kemahiran, memperkenalkan teknologi asas dan perniagaan kecil yang boleh menguntungkan masyarakat nelayan dan masyarakat B40 di perkampungan nelayan. Kami berharap bahawa YAB Tuan boleh melihat dan menilai sendiri sumbangan masyarakat nelayan Negeri Pulau Pinang. Kami ada cadangan untuk memodenkan industri perikanan untuk memanfaatkan rakyat Pulau Pinang dan juga meningkatkan kehidupan nelayan pantai serta industri perikanan negara.

41. Kami mahukan pembangunan yang mampan, inklusif dan memanfaatkan para nelayan. Seperti yang disebut YAB Tuan, gerakan koperasi patut memainkan peranan membantu B40. Persatuan Nelayan telah ditubuhkan di bawah Akta 44 (1971) bagimenggantikan koperasi perikanan, dan masih mempunyai banyak ciri-ciri syarikat kerjasama.

42. Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Pen Mutiara, adalah antara persatuan nelayan yang paling berjaya di negara ini dalam menjalankan perniagaan di bawah syarikat kecil. Kami mempunyai perniagaan Hotel, Restoran Kari Kepala lkan, Kontraktor Binaan, Penternakan Kerang. Kami juga menjadi Operator Pelabuhan LKIM Batu Maung dan Ejen Caj lkan Import dan Eksport.

43. Dengan pendapatan daripada perniagaan, Persatuan Nelayan Pulau Pinang telah menjaga hak-hak dan kebajikan nelayan dengan baik. Persatuan Nelayan mempunyai dana untuk pinjaman, untuk kecemasan, untuk pembiayaan hospital, pengkebumian, bantuan pendidikan, pembayaran zakat dan sebagainya.

44. Dengan pimpinan daripada Persatuan Nelayan Pulau Pinang yang telah menunjukkanpengurusan perniagaan yang bagus, akaun tahunan yang diaudit menunjukkan keuntungan bersih yang membanggakan. Kami yakin bahawa industri nelayan boleh dimodenkan secara berperingkat. Kalau penambakan dibatalkan, kpara nelayan boleh memajukan sendiri, selagi sumber laut masih lumayan. Misalnya, sudah ada nelayan pantai yang menggunapakai teknologi perikanan skala kecil seperti pengesan sonar untuk menjejaki ikan.

Mencapai Tujuan Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals)

45. Adalah jelas bahawa projek PSR bertentangan dengan hasrat negara Malaysia dan negeri Pulau Pinang untuk mencapai Tujuan Pembangunan Mampan yang diajukan oleh United Nations Development Programme, terutamanya SDG1 (tiada kemiskinan), SDG8 (pekerjaan layak dan pembangunan ekonomi), SDG10 (mengurangkan ketidaksamaan), SDG11 (bandar dan masyarakat mampan), SDG13 (tindakan iklim) dan SDG 14 (kehidupan dalam air).

46. Pemeliharaan Kawasan Selatan Pulau Pinang dan pembatalan projek PSR adalah kritikal untuk Malaysia mencapai SDG 14 (kehidupan dalam air), iaitu, “Memulihara dan menggunakan lautan, laut dan sumber marin dengan mampan demi pembangunan mampan”. Pada masa yang sama, Malaysia hendaklah memupuk visi bandaraya mampan dan inklusif dengan SDG 11 (bandar dan masyarakat mampan), iaitu, “Menjadikan bandar dan petempatan manusia menyeluruh, selamat, kukuh dan mampan”, yang juga didukung oleh UN-Habitat.

Nelayan Pantai kritikal untuk strategi ketahanan iklim (climate resilience)

47. Walaupun nelayan pantai sering dipandang sebagai “industrimatahari benam”, pandangan ini tidak selaras dengan trend dan arus moden. Sebetulnya, nelayan pantai, iaitu nelayan-nelayan sektor perikanan skala kecil (small-scale fisheries) telah diiktiraf olehUN Food Administration Organisation (FAO) sebagai sektor yang harus dipelihara sebagai salah satu strategi sekuriti makanan untuk masa depan

48. Dalam zaman gawat iklim dan kemerosotan sumber ikan laut sedunia,nelayan pantai patut dikekalkan kerana mereka mengamalkan cara penangkapan perikanan yang mampan (sustainable fisheries) berbanding dengan perikanan laut dalam ataupun industri penternakan

49. Nelayan-nelayan “small scale fisheries“, adalah ejen atau perantara yang paling cekap untuk menyampaikan protein dan khasiat kepada golongan B40. Manakala industri perikanan ternak dan perikanan laut dalam lebih bertumpu kepada ekspot dan pasaran komersial besar-besaran. Oleh sebab itu, peranan nelayan pantai mempunyai kaitanrapatdengan jaminan keselamatan makanan untuk golongan B40.

50. Nelayan pantai adalah masyarakat B40 yang merupakan pemegang taruh (stakeholder)dalam kawasan pantai pesisir, yakni, mereka memainkan peranan kritikal dalam melindungi tempat-tempat pembiakan ikan, udang dan ketam, seperti kawasan paya bakau dan kawasan selut dan juga kawasan laut nelayan pantai (kurang daripada 8 batu nautika dari pantai), daripada pembuangan sisa haram, akitivi haram dan pencorobohan oleh bot-bot laut dalam. Nelayan pantai telah mengambil bahagian yang cergas dalam usaha menanam semula paya bakau secara besar-besaran selepas bencana alam Tsunami 2004. Oleh yang demikian, nelayan pantai memainkan peranan yang penting dalam strategi “ketahanan iklim” (climate resilience) untuk masa depan.

51. Nelayan pantai boleh juga memainkan peranan dalam menglibatkan masyarakat nelayan dalam sektor eko-tourism. Komuniti nelayan di Negeri Pulau Pinang adalah antara komuniti paling awal sedangkan kampung-kampung nelayan telah wujud di negeri ini sebelum kedatangan penjajah British. Cara hidup nelayan pantai penuh dengan tradisi, kearifan lokal dan warisan tidak ketara, dipusakai dari generasi ke generasi. Pelancong eko tidak akan menuju ke Batu Feringghi; sebaliknya mereka lebih suka melawat ke kampung-kampung nelayan di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul, pantai-pantai tempat penyu bertelur, dan perairan Pulau Kendi yang kaya dengan terumbu karang. Jika projek penambakan dijalankan, kampung-kampung di Kawasan Selatan akan dilenyapkan – sudah tentu ini akan menjejaskan industri eko-pelancongan Pulau Pinang.

Permintaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menunaikan janji Buku Harapan dan menyelesaikan masalah nelayan dengan membatalkan projek penambakan yang rakus

52. Tugas paling penting bagi Persatuan Nelayan adalah untuk menjaga kebajikan para nelayan, maka menjadi tanggungjawab kamiuntukmembantah projek tambak laut sekeras-kerasnya. Kami tidak mahu berputih mata menyaksikan para nelayan dijadikan mangsa pembangunan atau dikorbankan untuk projek PSR, walaupun alasan yang diberikan adalah untuk membiayai projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) ataupun untuk pengembangan ekonomi. Kehidupan dan masa depan kami sebagai rakyat Malaysia hendaklah diutamakan berbanding projek hartanah yang tamak haloba dan hanya mementingkan kelas atasan.

53. Kami amat berharap kerajaan negeri Pulau Pinang boleh melaksanakan Pelan lnduk Pengangkutan (PTMP) ALTERNATIF yang lebih mengutamakan pengangkutan awam untuk rakyat B40, khususnya untuk meningkatkan perhubungan antara Pulau Pinang dan Seberang Perai supaya nilai hartanah di Seberang Perai meningkat dan rakyat Bandaraya Seberang Perai boleh mendapat manfaat pembangunan. Sehubungan itu, tekanan pembangunan di sebelah Pulau dapat dikendurkan dan pembangunan Negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya akan menjadi lebih seimbang untuk semua anak negeri.

54. Kami ingin mengingatkan tentangjanji Buku Harapan seblum PRU-14 yang menyatakan bahawa, “Pembangunan Malaysia kini berjalan tanpa mengambil kira kelestarian a/am sekitar. Laut ditambak sehingga memberi kesan kepada habitat ikan walaupun tanah yang ada masih banyak….[akan tetapi] Kerajaan Pakatan Harapan akan mentadbir negara bertuah ini dengan berpaksikan prinsip kelestarian dan pembangunan mapan yang mesra alam.”

55. Kami memohon pada YAB Tuan Chow supaya tidak menggadaikan nasib kami kepada pemaju projek dan jangan membenarkan laut dan rezeki kami digugat, tetapi sebaliknya menunaikan janji Pakatan Harapan untuk membela nasib nelayan, alam sekitar dan industri perikanan negara kita.

 

 

One thought on “Kenapa nelayan bantah projek penambakan di Selatan Pulau Pinang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *