20191012-72244506_419340105451324_1434936053763932160_n.jpg
(foto oleh MJIIT Voices)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar daripada Fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MJIIT) semalam (11 Oktober 2019) berhimpun di hadapan bangunan Parlimen untuk menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya mempercepatkan penyelesaian bagi masalah yuran yang dihadapi mereka, termasuk penghapusan yuran khas yang membebankan pelajar dan memulangkan yuran yang telah dibayar oleh pelajar sebelum ini.

Walaupun Menteri Pendidikan telah berjanji pada bulan Ogos lalu untuk meneliti isu yang dibangkitkan oleh pelajar MJIIT dan mengarahkan pihak UTM untuk membenarkan pelajar MJIIT menukar ke fakulti yang lain, tetapi mereka belum mendapat apa-apa makluman tentang perkembangan baru untuk pelaksanaan keputusan rundingan. Selepas dua bulan rundingan dengan Menteri Pendidikan sudah berlalu, pelajar-pelajar MJIIT difahamkan bahawa Menteri belum meluluskan arahan kepada UTM untuk memulangkan yuran tambahan yang dikutup daripada pelajar-pelalar MJIIT. Di samping itu, pihak UTM juga enggan membenarkan pelajar baru untuk menukar daripada MJIIT ke fakulti lain serta terus menekan semua pelajar dengan bayar yuran khas MJIIT yang membebankan. Oleh itu, pelajar-pelajar yang bergabung dalam MJIIT Voices mengadakan aksi protes di hadapan bangunan Parlimen untuk mengingatkan Menteri tentang janjinya.

Berlakunya pergelutan antara pelajar dengan polis apabila pihak polis cuba menggosongkan laluan pejalan kaki di jalan menuju ke bangunan Parlimen pada lebih kurang 3.30 petang. Pihak polis bertindak secara kasar terhadap pelajar-pelajar di situ. Walau bagaimanapun, tiada tangkapan berlaku. (Tonton video insiden di sini.)

Berikutan aksi protes ini, pihak Menteri Pendidikan telah mengesahkan kelulusan hasil rundingan antara pihak Kementerian dengan pelajar-pelajar MJIIT sebelum ini. Namun, Naib Canselor UTM mengatakan bahawa pihak UTM tiada kewajipan untuk melaksanakan keputusan tersebut. Satu pertemuan akan diaturkan pada 21 Oktober 2019 antara wakil pelajar MJIIT dengan Lembaga Pengarah UTM dan Menteri Pendidikan, untuk menyelesaikan isu ini.

MJIIT Voices telah membangkitkan isu yuran khas yang dikenakan ke atas pelajar Izajah Sarjana Muda di UTM-MJIIT sejak tahun 2017, dan beberapa aksi protes pernah diadakan. MJIIT Voices menuntut pada pihak UTM untuk menghapuskan yuran khas MJIIT, memulangkan semula yuran khas yang dibayar oleh pelajar, dan mengamalkan ketelusan yang menguruskan kewangan daripada yuran yang dikutip.

20191012 - 72706304_419197972132204_407476161690468352_n.jpg

Bacaan lanjutan untuk latar belakang isu: Yuran pengajian naik 529% – Pelajar MJIIT-UTM tuntut keadilan

One thought on “Pelajar UTM-MJIIT protes di Parlimen gesa Menteri Pendidikan cepatkan penyelesaian isu yuran khas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *