20190612 - kpm.jpgPUTRAJAYA – 12 JUN 2019: “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat dengan isu melibatkan pekerja kontrak di sekolah kerajaan dan sedang berusaha gigi menanganinya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara,” begitu katanya Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya pada hari ini.

Menurut kenyataan Menteri Pendidikan hari ini, KPM telah mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan pada 3 April 2019 bagi mendapatkan peruntukan tambahan untuk kontrak Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK), berasaskan kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mac 2019.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mac 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan pada 3 April 2019 bagi mendapatkan peruntukan tambahan untuk kontrak Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK).

“Selain itu, pada bulan Mei 2019, KPM telah mengemukakan surat ulangan kepada Kementerian Kewangan mengenai keperluan peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion melibatkan kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK), KBK, kontrak Bekalan Makanan Bermasak (BMB) dan beberapa tambahan untuk item lain.”

Dr. Maszlee Malik turut menyebut tentang perbincangan yang diadakan dengan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada bulan Mac lalu. “Segala pandangan dan saranan yang dikemukakan semasa pertemuan berkenaan telah diberikan perhatian serius,” kata Menteri Pendidikan.

Merespon kepada kenyataan Menteri Pendidikan, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S. Arutchelvan mengucapkan terima kasih kepada jaminan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan dalam menangani isu ini, tetapi juga menyeru pada Kerajaan untuk mengadakan satu mesyarat bersama kecemasan peringkat menteri yang melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan, bagi menyelesaikan isu-isu berikut:

  • Menteri Kewangan perlu meluluskan peruntukan tambahan untuk memastikan pekerja-pekerja kontrak yang hilang kerja mendapat balik kerja dan gaji mereka.
  • Kerajaan perlu memastikan semua pekerja-pekerja kontrak yang diupah untuk bekerja di premis kerajaan tidak diberhentikan dengan cara pemberhentian dilakukan dalam tempoh masa 24 jam.
  • Kerajaan perlu menangani isu yang dihadapi oleh pekerja-pekerja kontrak di mana kontrak mereka tidak diperbaharui, seperti: pekerja-pekerja tidak dapat memohon untuk pampasan pemberhentian atau kembali bekerja kerana kontraktor sebelumnya mendakwa pekerja-pekerja bukan diberhentikan tetapi hanya tamat kontrak; pekerja-pekerja tidak dapat menuntut daripada kontraktor baru kerana kontraktor baru akan mendakwa dia tidak pernah mengupah pekerja-pekerja tersebut; pekerja-pekerja tidak boleh memohon faedah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) kerana mereka hanya boleh mendapatkan faedah ini sekiranya mendapat surat pemberhentian kerja tetapi dalam kes ini majikan yang terlibat tidak akan mengeluarkan surat sebegini.

Arutchelvan berkata, “ibu kepada segala isu ini adalah sistem kontrak. Di bawah sistem yang dimulakan sejak zaman pemerintahan UMNO-BN ini, kroni-kroni diberikan kontrak sebagai habuan untuk membeli kesetiaan mereka. JPKK dan PSM telah mengetengahkan isu ini kepada Menteri, dan kami telah mengatakan bahawa satu-satu cara penyelesaian adalah kembali kepada sistem sebelum ini di mana sekolah-sekolah akan mengurus secara langsung pekerja-pekerja mereka di bawa sistem kerja tetap. Di bawah sistem yang lama itu, pekerja-pekerja mendapat jaminan kerja seperti yang termaktub dalam standard Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Perlembagaan Persekutuan. Untuk mengembalikan sistem sebegini, kami sedar bahawa perlunya rombakan semula dan ini akan mengambil sedikit masa. Walau bagaimanapun, satu tarikh akhir perlu ditetapkan supaya isu ini tidak lagi dipanjangkan lagi dan diulangi setiap 3 tahun apabila kontrak bertukar tangan.”

“Kami ingin menegaskan bahawa amalan mengkontrakkan keluar kerja tetap dan tempoh panjang adalah sesuatu yang tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang,” begitu kata Arutchelvan.

“Tibanya masa untuk mesyuarat kecemasan peringkat menteri ini bagi menyelesaikan isu yang penting ini, dan bukannya melepaskan tanggungjawab kepada pihak lain. Kerajaan Pakatan Harapan dan Kementerian Pendidikan pernah berkata bahawa dasar-dasarnya adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat B40. Tiba masanya untuk kerajaan cakap serupa bikin.”

4 thoughts on “Tindakan kerajaan perlu selari dengan kenyataan dalam tangani isu pekerja kontrak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *