013500.jpgKanak-kanak dan anak muda di seluruh dunia sekali lagi “ponteng sekolah” pada satu hari Jumaat yang sama untuk memprotes terhadap krisis iklim sedunia yang semakin meruncing. Pada 24 Mei 2019, mogok pelajar berlangsung di lebih 1,400 buah bandar di lebih 110 buah negara, dengan sekurang-kurangnya 1.4 juta orang mengambil bahagian dalam aksi untuk keadilan iklim ini.

German - cologne7722.jpg

Gelombang mogok anak muda global ini merupakan aksi mogok iklim sedunia yang kedua selepas aksi pada 15 Mac 2019. Aksi global ini mendapat inspirasi daripada Greta Thunberg, seorang anak muda dari Sweden yang memulakan mogok sekolah sejak bulan Ogos 2018. Greta Thunberg “ponteng” sekolah pada 20 Ogos hingga 9 September 2018 semasa pilihanraya Sweden untuk menuntut pada kerajaan Sweden supaya mengurangkan pembebasan karbon mengikut ketetapan Perjanjian Iklim Paris 2015. Greta Thunberg kemudiannya meneruskan aksi mogok sekolah setiap hari Jumaat. Tindakan Greta Thunberg telah mencetuskan gelombang aksi mogok untuk memprotes terhadap krisis iklim yang merebak ke seluruh dunia. 24 Mei 2019 menandakan minggu ke-40 Greta Thunberg mengadakan mogok sekolah, dan sekali lagi lebih sejuta anak muda di seluruh dunia bersamanya. Anak-anak muda menggesa pemimpin-pemimpin kerajaan untuk mengambil tindakan segera supaya mengelakkan bencana ekologi sedunia yang mengancam kemanusiaan.

Semakin banyak bukti saintifik yang menunjukkan bahawa kita sedang menghadapi krisis iklim sedunia yang amat serius. Saintis-saintis iklim yang utama di dunia memberi amaran dalam satu laporan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) pada tahun 2018 bahawa kita hanya ada tempoh masa 12 tahun untuk mengawal dan menyekat bencana iklim yang bakal mendatangkan kesan terburuk kepada umat manusia sedunia. Baru-baru ini, satu lagi laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa sistem sokongan hidupan di Bumi sedang berada dalam keadaan yang membahayakan kemanusiaan, dengan 1 juta spesies hidupan di Bumi sedang menghadapi kepupusan.

France - Lausanne 4000.jpg

Penganjur mogok anak muda sedunia ini, termasuk Greta Thunberg, menyeru pada semua orang dewasa supaya  menyertai mereka dengan mengadakan aksi mogok besar-besaran sedunia pada 20 September 2019 akan datang. Mereka berkata, “Kami meminta pada orang dewasa untuk melangkah bersama kami… Hari ini, begitu ramai antara ibu bapa kami sibuk membincangkan bagaimana gred kami, atau diet baru atau episod terakhir Games of Thrones, sedangkan planet kita sedang membakar. Namun untuk mengubah semuanya, kita perlukan setiap orang. Ini masanya untuk kita semua melepaskan penentangan secara besar-besaran… Kita adanya peluang jika kita dalam jumlah yang besar.”

Tokoh intelek dan aktivis seperti Naomi Klein, Noam Chomsky, John Holloway, Nnimmo Bassey, Anne Poelina dan ramai lagi, termasuk juga pelakon Hulk dalam filem Avengers Mark Ruffalo, turut menyeru untuk mogok sedunia pada 20 September, kerana mengganggu kehidupan normal kita adalah satu-satunya cara untuk menjamin masa depan kita.

belgium - brussels _107100435_ebea126c-cf5d-4280-896d-d01b81da49f6.jpg

Berikut ialah gambar aksi Mogok Iklim Sedunia di beberapa tempat pada 24 Mei 2019:

australia - melbourne.jpg
Melbourne, Australia
Australia - sydney
Sydney, Australia
Belgium Brussels3500.jpg
Brussels, Belgium
Brazil Rio de janeiro52eb81421a314647b7310f92587a2324_18.jpg
Rio de Janeiro, Brazil
France - Paris5568.jpg
Paris, Perancis
German - Berlin aaa27a00fca44686bf02cd9d6bb06800_18.jpg
Berlin, Jerman
German Cologne 190524105246-global-climate-strike-cologne-1-exlarge-169.jpg
Cologne, Jerman
German - frankfurt.jpg
Frankfurt, Jerman
German-Kiel - D7US1YcWkAETZwH.jpg
Kiel, Jerman
Greece - Athens5568.jpg
Athens, Greece
Hong Kong.jpg
Hong Kong
India - New Delhi3800.jpg
New Delhi, India
India gurugram3500.jpg
Gurugram, India
Italy - milan6720.jpg
Milan, Itali
Italy - Turin3000.jpg
Turin, Itali
Italy Rome -3040.jpg
Rome, Itali
New Zealand - Aukland.jpg
Auckland, New Zealand
norway oslo_107101240_b3578461-968c-4029-a1d7-624775f5f002
Oslo, Norway
philippines manilaD7VKjqJV4AIFZCX.jpg
Manila, Filipina
poland -warsaw - 5943.jpg
Warsaw, Poland
Portugal Lisbon3500.jpg
Lisbon, Portugal
Spain madird4646.jpg
Madrid, Sepanyol
Sweden - stockholm02.jpg
Stockholm, Sweden
Turkey - Istanbul - Screenshot_2019-05-24 Fridays For Future Turkey on Twitter.png
Istanbul, Turki
UK - Cambridge
Cambridge, UK
UK - Cantebury, Kent3500
Canterbury, UK
UK-Bristol - D7U62YhWwAUSRIp.jpg
Bristol, UK
UK-Scotland Edinburg3500.jpg
Edinburgh, Scotland, UK
UK London6720.jpg
London, UK
France - Laussaune
Lausanne, Switzerland
malaysia - penang60850297_2026612330798046_652518773370126336_n.jpg
Pulau Pinang, Malaysia

Bacaan lanjut: Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim

One thought on “Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *